**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





28 March 2011



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING KALI KE-29 UNTUK SESI 2011-2013
26/3/2011 SABTU
MADRASAAN NUR HIDAYAH TEMBAK A
KUALA KETIL

KETUA PEMUDA DISANDANG OLEH UST OSMAN ABDUL HAMID MENANG TANPA BERTANDING



TIMBALAN KETUA DIMENANGI OLEH UST ROSHIDI DENGAN MAJORITI HAMPIR 100 UNDI. SATU LAWAN SATU



NAIB DISANDANG OLEH UST ZULKIFLI JUSOH MENANG TANPA BERTANDING

YANG LEBIH SENGIT PERTANDINGAN JAWATAN AJK DPPB SEBNYAK 10 PERCALONAN.8 PERCALONAN YANG MENANG DAN DIPILIH SBG AJK
1) UST ZAWAWI IBRAHIM
2) SUHAIMI MAT
3) UST FADLAN SAEDIN
4) UST SOMAT MOHAMED
5) UST ASHRI ABD RAHMAN
6) UST HELMI WAHAB
7) UST ASWAD NASON
8) UST MARZUKI YUSUF

4 comments:

Anonymous said...

KOMBINASI NILAI UMARA’ DAN ULAMA’ Umara’ ialah golongan yang wajib ditaati seperti yang telah dinaskan di dalam al Quran
iaitu pada perkara yang menepati syariat Islam. Ulama’ pula adalah setinggi-tinggi
darjat manusia kerana ulama’ itu pewaris nabi. Maka ciri-ciri umara’ dan ulama’ perlu
diintegrasikan untuk melahirkan natijah kepimpinan yang benar-benar mantap yang
didokong oleh karisma kepimpinan, ketinggian ilmu dan inayah daripada Allah.........PCDB.

Anonymous said...

KEMAHUAN DAN KEKUATAN Kemahuan dan kekuatan adalah satu rukun daripada rukun-rukun keperibadian
pemimpin. Dengannya segala kepayahan akan dapat diatasi. Kepimpinan dewasa ini
memerlukan tekad yang kuat dan tegas serta tidak mempedulikan segala tribulasi yang
mendatang. Setiap pemimpin haruslah sedar bahawa bukanlah sesuatu yang mudah
untuk melaksanakan amanah kepimpinan ini. Namun dia tidak mempunyai pilihan yang
lain kecuali menguatkan semangat dan bersungguh-sungguh dalam setiap
perencanaan dan perlaksanaan untuk memastikan matlamat-matlamat yang telah
digariskan akan tercapai.,,,PCDB

Anonymous said...

OPTIMISME Optimisme adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang
memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berharapan penuh
dan berlapang dada. Tetapi ini janganlah pula memalingkan daripada membuat
perhitungan di atas sebab yang boleh menggagalkan usahanya pada masa-masa yang
akan datang.
Sikap berputus asa adalah merupakan satu faktor terpenting yang boleh menyebabkan
keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan orang perseorangan dan kumpulan-
kumpulan tertentu. Tidak harus dikatakan berputus asa itu satu hikmah atau satu
kebijaksanaan sepertimana tidak harus juga harapan itu dinamakan terburu nafsu.....PCDB

Anonymous said...

Assalamualaikum,


disebut dalam surah al-Anbiya, ayat 107 yang membawa maksud:

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Nabi Muhammad s.a.w menjadi pemimpin yang hebat dan dipuji kerana keupayaannya mengubah tamadun manusia dalam jangkamasa yang singkat iaitu dalam tempoh 23 tahun. Masyarakat yang rosak dipulihkan dengan kebijaksanaannya dan usaha tanpa lelah. Lihat sahaja bangsa Arab dan masyarakat Musyrikin yang dahulunya berpecah belah, menyembah berhala, bersuku puak, zalim dan banyak lagi. Betapa mencabarnya tugas rasulullah s.a.w sebagai seorang, Mampukah mereka memikul tanggungjawab yang dibawa oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya dalam mengembangkan dan mengukuhkan kedudukan Islam?

Walaupun Nabi Muhammad telah tiada, sifat kepimpinan baginda terus dicontohi dan menjadi pesanan yang tiada berkesudahan kepada pemimpin-pemimpin Islam seterusnya. Lihat sahaja warkah Khalifah Islam keempat iaitu Ali Ibn Abi Talib kepada Malik bin Al-Haris Al-Ashtar, semasa perlantikannya sebagai Gabenor Mesir.

Pada waktu itu, Islam mula berpecah. Perpecahan atau pertelagahan telah berlaku sewaktu kewafatan Nabi Muhammad lagi. Melihat situasi semasa selepas kewafatan nabi dan pemerintahan khalifah selepas itu, Ali bin Abi Talib sebagai khalifah yang terakhir telah mengutus warkah kepada penggantinya, Malik.

Melalui warkah itu, Ali Bin Abi Talib telah menyentuh banyak perkara yng berkaitan dengan kepimpinan dan sifat-sifat yang harus ada pada seorang pemimpin. Antaranya ialah:

1. Harta yang paling berharga bagi seorang pemimpin ialah perbuatan amal maaruf iaitu mengawal nafsu dari melakukan hal-hal yang ditegah yang akhirnya akan memberi kekuatan kepada seseorang pemimpin untuk membezakan segala hal yang baik atau buruk.
2. Semangat cinta kepada rakyat di bawah pimpinan dengan mengasihi dan menjaga kebajikan mereka.
3. Memelihara hubungan dengan Allah, serta sesama manusia.
4. Memelihara keadilan dalam pentadbiran. Melindungi rakyat, berbaik sesama pemimpin yang lain serta menjaga tingkahlaku sebaiknya.
5. Bijak dalam menilai nasihat yang diberikan semasa menyelesaikan masalah dalam pentadbiran.
6. Menjalankan tugas dengan saksama mengikut kesesuaian golongan rakyat yang berlainan latarbelakang. Setiap golongan ada peranan masing-masing dan saling memerlukan antara satu sama lain.
7. Menjaga kebajikan golongan tentera yang banyak berjasa dalam memelihara kesejahteraan negara.
8. Memilih ketua hakim, dan bahagian-bahagian pentadbiran am yang paling baik, jujur dan sesuai yang tidak mudah tergoda dengan hasutan dan fitnah.
9. Melaksanakan rancangan yang berfaedah untuk mereka yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perusahaan. Membantu mereka dengan sumber kewangan dan nasihat yang baik.
10. Tidak lalai dengan tanggungjawab terhadap hak fakir miskin yang amat memerlukan belas dan pembelaan dari seorang pemimpin.
11. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara terbuka dengan orang-orang yang tertindas dan tidak berdaya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “tidak ada bangsa atau masyarakat yang dianggap mulia jika orang yang kuat tidak membantu orang yang lemah”.
12. Tidak mengasingkan diri daripada rakyat yang membawa maksud kamu mahu mengelak daripada menyelesaikan hal-hal kebajikan mereka.
13. Jangan sesekali menolak tawaran untuk berdamai yang dibuat oleh pihak musuh. Tetapi harus berwaspada dengan perjanjian yang dilaksanakan dengan musuh kamu terutama musuh Islam.
14. Jangan terburu-buru melakukan sesuatu sebelum masanya dan mengabaikan apabila tiba masanya. Membuat sesuatu tepat pada masanya dan kena pada tempatnya
15. Allah s.w.t sebagai panduan yang benar. Sentiasa kembali kepada Allah dan RasulNya dalam menyelesaikan apa juga masalah.

Begitulah antara ringkasan isi kandungan warkah tersebut yang menerangkan keperluan kepimpinan yang baik dan telus. Mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w, patuhi segala perintah dan jauhi larangan dalam kitab Allah s.w.t dan ikuti segala kepimpinan Rasulullah s.a.w.,,,,,,,,PCDB kuala ketil'

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat