Oleh: OSMAN ABDUL HAMID (Pemangku Ketua Pemuda)
Alhamdulilah segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan Hambanya dan menyeru mereka supaya mengamalkan ajaran dan cara hidup yang ditetapkanya.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasul yang dipilih Allah yang menjadi bukti kepada seluruh alam dan manusia untuk memimpin menyelamatkan manusia dan beramal diatas landasan menjaga hubungan dengan Allah dan bertanggungjawab diatas apa yang diperintahkanya.
Manusia pada hari ini telah sampai tahap yang tinggi menerokai berbagai bidang ilmu ,rahsia alam dan rahsia yang terdapat dalam diri manusis ,mereka maju dalam bidang industri ,pembinaan ,pembuatan juga perubatan.Nikmat kesenangan hidup yang didapati kadang-kadang tidak pernah puas dan nafsu sentiasa meronta untuk mencapai yang lebih.Dikalangan mereka lupa kepada Allah ,semua yang dikejar nafsu tidak merasa kepuasan dan kebahagian kepada mereka bahkan menambah keresahan dan penderitaan diatas pertualang nafsu.
Ramadhan datang terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang diperolehi dari blan yang penuh dengan keberkatan ini.,ianya berita gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah ,terlalu enak dan lazat ramadhan bagi orang yang beriman ,anugerah Allah pahala yang berlipat kali ganda melakukan ibadah didalam bulan ini ,kelebihan amalan-amalan dipraktikan oleh mereka yang taqarrub diri mereka kepada Allah,hikmah puasa disentuh dari berbagi sudut ,masjid-masjid ,surau surau dipenuhi oleh ahli jamaah yang ingin menunaikan ibadah dan solat tarawikh,keyakinan dengan keistemewaan janji Allah dibulan yang mulia ini merupakan kejayaan bagi mereka yang melepasi ujian didalam bulan keberkatan ini.
Selamat datang ramadhan bulan keberkatan ,bulan rahmat ,bulan keampunan ,bulan pelepsan diri dari api neraka Allah swt.Didalam bulan ini diffardukan puasa ,mengikut catatan sejarah pada tahun kedua hijrah Nabi saw.Ianya merupakan berita gembira kepada sahabat –sahabat ,mereka saling mengucap tahniah diatas kedatangan ramadhan yang sungguh memberi kesan dalam penghidupan dan perjalan kehidupan mereka.Ramadhan penghulu segala bulan ,ibadah puasa yang penuh berkah ,orang beriman amat memuliakannya ,orang-orang fasik dan munafik amat gusar dan susah hati bila ramadhan akan berakhir.Malang dan celaka bagi meraka yang tidak menghiraukan Ramadhan,sunnah ini bukan mainan dan keseronakan semata mata atau ianya menjadi pesta makanan juadah berbuka.Puasa adalah sunnah yang wajib dan mesti dilaksanakan,kita mesti menjadi penyambung untuk menghidupkan Sunnah ini seperti Sabda Rasulullah saw. Bermadsud :Sesiapa menghidupkan sunnahku di ketika rosak ummatku ,baginya ganjaran pahala 100 orang yang mati Syahid :Hadis riwayat Baihaki :
Ramadhan ,perjuangan dan jihad merupakan sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari dari seorang amilin ,apabila tiba bulan yang penuh barakah ini ia tidak berarti kita meninggal perjuang dan kita mengenepikan jihad.Semangat perjuangan yang lahir dari kehebatan puasa hebat dizaman rasulullah dan sahabat ,mereka menjiwai roh ramadhan dengan kesan yang hebat seruan jihad kita lihat dalam banyak peperangan dalam sejarah Islam antaranya peperangan Badar pada 17 Ramdahan dan fathi makkah pada 21 ramadhan ,Para shabat bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum disiang bahkan merka diarah untuk meneruskan jihad dan perjuangan dibulan ramadhan .Keyakinan kepeda kebenaran Islam dan janji-janji Allah walaupun dibulan ramadhan perjuangn dan semangat jihad yang tinggi ,berjuang bermatian penuh keikhlasan serta bertanggung jawab adalah kemestian kepada semua pejuang dan amilin .Ramadhan bukan waktu rehat dari berjuangan ,amat malang ada antara kita menganggap program –program dibulan ramadhan ingin dihentikan atau sebagainya bagi memberi tumpuan kepada ibadah puasa sahaja.atau menganggap promram jemaah tidak penting bulan ramadhan bulan mahu berniaga ,mencari banyak keuntungan .Apakah ini jiwa amilin dan pejuang.
Ramadahan bulan menambah amalan,
Banyak amalan yang diperkatakan oleh Rasullulah dan sahabat supaya mendapat berkat dan manfaat dari keistemewaannya.Rebutlah peluang ini,mungkin Ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir kita ,tahun depan mungkin kita tidak kesempatan lagi ,mungkin kita sudah berada dialam barkzah atau uzur terlentang sakit tidak dapat melakukan apa-apa amalan ,kita minta berlindung dar perkara yang merugikan kita didunia dan akhirat. Islam menganjurkan kita mengperhebatkan amalan dibulan ini antaranya 1: Banyak memberi sedekah Sabda Rasulullah Seafdal-afdal sedekah dibulan Ramadhan. 2 : Membaca Al-Quran 3 : Sembahyang malam seeperti Tarawaikh ,witir,tahajjud dan sebagainya 4 : Iktikaf sepuluh akhir bulan ramadhan 5: Menghidupkan malam lailatulqadar iaitu pada malam sepuluh yang akhir..
Pemuda dan Roh Ramadhan .Kita lihat pemuda-pemuda Islam disekeliling kita ada yang tidak menghormati Ramadhan .Bulan yang mulia ini dianggap sama saja dengan bulan yang lain,masih tidak berpuasa ,hisap rokok ditempat terbuka ,perangai keji dan buruk masih dilakukan.Harapan dari saya jadilah kita pemuda-pemuda Islam yang menghayati Ramadhan,jadilah kita pemuda yang taqarrub dan hampir diri dengan Allah ,penuhilah impian pemuda harapan ummah yang bukan saja hebat disis manusia bahkan hebat disis Allah ,masaalah sosial dan keruntuhan akhlak sama-sama kita perbaiki dengan roh ramadhan yang datang ini.janganlah kita menjadi penyumbang bagi menambah parah ,merosak ,menghancurkan nilai-nilai murni yang telah dibina oleh generasi yang dulu.kita adalah pejuang ,maka kita kembalikan diri kita dengan amalan seorang pejuang,kita amilin kita hiasilah sifat amilin, kita pemuda Islam jangan cemarkan diri kita dengan amalan yang keji.
Ramadhan, puasa dan kesihatan.
Peringatan kepada semua pejuang ,kesihatan para pemuda pejuang amatlah penting bagi menggerakkan organisasi dan perjuangan ,Pejuang yang sakit ,yang mengah atau kesihatan yang selalu terganggu membantut kerja perjuangan dan organisasi seperti yang disyorkan oleh Imam Hasan Al Banna betapa pentingnya menjaga kesihatan. Dari perut yang penuh lahirnya berbagai penyakit ,moga dibulan ramadhan dengan puasa yang dilakukan dapat melatih diri untuk mengurangkan tabiat makan banyak ,berlebihan dan tidak terkawal.Banyak sahabat-sahabat yang telah tewas ditengah jalan atas alasan kesihatan walaupun usianya masih muda.seperti alasan saya tidak dapat hadir mesyuarat dan usrah kerana darah tinggi,Saya tidak dapat hadir kerana mata rabun akibat kencing manis dan banyak lagi alasan amilin yang sudah pun tewas samaada kita menerima atau tidak menerimanya ia adalah alasan mereka yang tewas.Begitu juga amalan merokok yang perlu ditinggalkan ,amilin dan pejuang jangan berbangga dengan amalan merokok ini ,adalah menjadi sesuatu yang tidak layak dan sesuai lebih-lebih lagi pimpinan menunjuk-nunjuk ,berbangga dan mendabik dada menjadi seorang perokok ,sungguh malang kalau pemimpin tidak berusaha meninggalkan amalan ini.Puasa dari sudut sains dan perubatan tidak boleh disangkal,diakui sarjana timur dan barat ,banyak penyakit terbukti sembuh dengan amalan puasa dan ambilan makanan yang patut dan sesuai seperti penyakit darah tinggi,kencing manis .gaut dan sebagainya ,adalah diakui bahawa puasa adalah jalan terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit.moga Allah memberi kekuatan dalam menjalani ibadah ini.Penyakit hati juga boleh didik dan dikurangkan dengan amalan puasa yang kita lakukan ,amalan ini sewajarnya menjadi amalan pejuang seseudah ramadahan berakhir dengan banyakkan puasa sunat khususnya Isnin dan Khamis.
Sambutlah salam Ramadhan dengan tekad adan azam untuk berubah dan menambah amalan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan ,maga ianya menjadi satu madrasah yang melatih kita untuk terus menghayati dan mengamalkan Islam.
Sekian salam perjuangan untuk semua. Selamat menjalani ibadah puasa.
No comments:
Post a Comment