PERUTUSAN KETUA PEMUDA DAN SAF KEPIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING.
Assalamualaikum, salam Aidilfitri, salam perjuangan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling mengucapkan selamat menyambut hari raya, maaf zahir & batin kepada semua khususnya kepada pemuda-pemuda di kawasan Baling. Terima kasih kerana sentiasa menyokong setiap program yang dilaksanakan. Kepada guru-guru PASTI, SRI dan anggota Unit Amal, jasa kalian sentiasa dikenang.
Moga Ramadhan yang kita lalui menjadi satu madrasah tarbiah yang dapat mendidik jiwa untuk menjadi pejuang sebenar. Saya mendoakan semoga kita dapat meneruskan amalan-amalan terpuji di bulan yang lain. Semangat, roh jihad, pengorbanan dan ketakwaan adalah pakaian yang seharusnya menjadi perhiasan pemuda dalam apa jua keadaan sekalipun.
Di hari lebaran dan bulan yang mulia ini juga, jangan dilupakan insan yang kurang bernasib baik yang memerlukan sumbangan dan bantuan. Hulurkan bantuan sekurang-kurangnya dapat membantu mereka untuk berasa gembira seperti insan yang lain.
Salam kemaafan dipohon kepada semua andai terdapat salah dan silap dalam melayari bahtera perjuangan ini. Pemuda PAS sebenar adalah pemuda yang bekerja untuk mencapai cita-cita perjuangan. Dalam meneruskan kerja, pasti ada salah dan silapnya. Semoga kesilapan dan kesalahan kita terus diperbaiki dan teruskanlah memberi komitmen kepada perjuangan. Jangan jadikan alasan atas kesilapan untuk kita mundur dari perjuangan.
Kepada anak-anak perantauan, selamat pulang ke distinasi masing-masing. Kami amat menghargai dan berterima kasih di atas sokongan mahupun kewangan yang dihulurkan bagi membantu program-program Pemuda PAS Baling selama ini.
Akhir kalam, sekali lagi kami memohan kemaafan daripada semua. Nantikan program-program DPPB selepas ini. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment