Salam di minggu terakhir Ramadhan.
Buat sahabat seperjuangan. Ramadhan akan sampai ke penghujungnya. Bersamalah kita meneruskan ibadah untuk meruntun kasih Allah, teruskan kebaikan tanda kita mendambakan rahmat Allah. Sungguhpun Ramadhan akan berlalu dan melahirkan rasa sedih di hati kita namun PASTIKAN ianya Ramadhan yang terbaik buat kita.
Di dalam perjungan jangan ditinggalkan tarbiyah, pun begitu di dalam tarbiyah jangan ditinggalkan perjungan. Pastikan ianya selari dan sentiasa dekat di hati. Tanpa kedua-duanya, langkah kita menjadi herot. Kedua-duanya umpama sepatu yang mahal dan anggun. perlu mujahadah untuk memilikinya. Sungguhpun begitu sekiranya kita hanya memakai sebelah sahaja pasti sepatu itu tidak memberi makna.
No comments:
Post a Comment