**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





12 October 2009

Kemenangan ISLAM hanya dengan kekuatan akidah

Firman Allah dalam ayat 123-124 surah Ali ‘Imran :

ولقد نصركم الله ببدر وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون . إذ تقول للمؤمنين ألن يكفيكم أن يمدكم ربكم بثلــثة ءالــف من الملئكة مسومين

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu dalam keadaan lemah, Oleh itu bertaqwalah kepada Allah agar kamu mensyukuriNya. Ingatlah ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin :” Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantumu dengan 3 ribu para malaikat yang diturunkan dari langit?”.

Jika dalam peperangan Badar al-Kubra ketika Rasulullah s.a.w dan tentera Islam berada dalam kepungan musuh yang tiga kali ganda lebih ramai dan kuat sedangkan nabi dan tentera Islam sebenarnya bukanlah keluar dengan niat berperang maka Allah datangkan kemenangan kerana pertautan hati mereka dengan Allah begitu kuat. Oleh itu kita umat Islam hari ini dengan jumlah yang ramai mestilah lebih yakin kepada janji kemenangan daripada Allah dengan syarat kita kembali bersatu di bawah panji Islam.

Musuh Islam terus menekan dan menyerang umat Islam seluruh dunia kerana Islam yang bergerak atas asas wahyu dan menawan hati manusia merupakan suatu kuasa yang paling merbahaya kepada kuffar yang bergerak atas dasar kejahilan dan paksaan ke atas tubuh manusia. Islam diperangi secara fizikal dan mental. Umat Islam di Palestin terus dibunuh dan disiksa setiap hari. Begitu juga umat Islam di beberapa tempat yang lain di mana kuffar yang telah memulakan perang Salib terbaru terhadap Islam tidak akan merasa tenang selagi adanya umat Islam di atas muka bumi Allah ini. Selain serangan fizikal kuffar turut menghina Islam agar dibenci oleh seluruh umat dunia bagi menyekat kemasukan rakyat negara-negara barat terutama Amerika ke dalam Islam yang kini peratusnya begitu tinggi sejak serangan 11 September. Apa yang terbaru ialah penghinaan seorang wartawan yang menuduh jika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup maka sudah pasti baginda akan memilih salah seorang ratu cantik yang datang bertanding di Nigeria yang menyebabkan lebih 200 orang mati akibat pertempuran antara umat Islam dan Kristian di Nigeria. Umat Islam di Nigeria sanggup mati apabila nabi Muhammad dihina sedangkan di negara kita pemimpin yang menghina hukum Allah dan mencaci nabi terus dapat memimpin apatah lagi penulis murahan yang berbuat demikian.

Negara kita tidak terkecuali daripada ditekan oleh barat dan kuffar walau pun pemimpin yang jahil dan mengkhianati umat Islam telah banyak membodek dan mengampu kuffar. Semakin ramai rakyat yang tidak bersalah di tahan di bawah ISA maka semakin kuat tuduhan barat bahawa pemimpin dan negara ini juga merupakan pengganas. Negara ini didakwa oleh kebanyakan negara barat tidak selamat untuk dilawati serta membayangkan akan berlakunya letupan bom sebagai yang telah berlaku di Bali, Indonesia. Malah Perdana Menteri Singapura turut menjelaskan bahawa politik Islam merupakan suatu yang bakal memberi cabaran yang begitu besar kepada kuffar termasuk di rantau Asia Tenggara. Pertembungan ini akan mewujudkan keganasan kerana masing-masing tidak akan tunduk kepada salah satu daripadanya.

Apa yang pasti Islam akan dimenangkan oleh Allah. Cuma waktu dan saat kemenangan itu adalah terletak kepada persediaan dan usaha umat Islam untuk melaksanakannya. Islam tidak diberi kemenangan mudah sebaliknya perlu mengalami keperitan dan kesusahan sebelum datangnya kemenangan dan kemanisan.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat