**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





03 November 2009

Berkebun bukan sekadar mengharapkan hasil











Idea penulisan ini terdetik bila mana ana teringat beberapa nasihat daripada ustaz-ustaz yang pernah ana tekuni ilmu mereka. Ianya juga diharapkan menjadi muhasabah kita bersama. Biarlah tulisan ini diterjemahkan mengikut penerimaan dan situasi individu.

Soal berkebun biasanya difokuskan kepada pekebun. Apabila kita bertanya kepada mereka, "apa yang diharapkan daripada hasil kebun yang diperolehi". Pastinya mereka akan membalas, "biarlah hasilnya baik dan memberi pendapatan yang lumayan".

Kiranya kita sebagai orang yang ingin berkebun, tentu kita mengetahui bahawa untuk mendapatkan hasil yang baik dan lumayan pastinya memerlukan usaha dan penjagaan yang baik. Oleh itu kita akan berusaha untuk bertanya, membaca dan mendalami sebaik mungkin ilmu bercucuk tanam sebelum kebun diusahakan.

Untuk berkebun kita memerlukan benih dan tanah yang subur. selain itu kita perlu membekalkan baja dan air yang sempurna. Serangan serangga perosak dan flora liar perlu diawasi. Mengharapkan tanah semata-mata untuk mendapatkan hasil yang baik adalah satu kesilapan.

Kali pertama bercucuk tanam pastinya hati kita tidak sabar untuk melihat hasilnya. Namun di waktu itu kita boleh bersabar dan bersenang hati. Kita menyangkul, memungkis, membajak dan segalanya di atas tanah itu. Kita juga sering berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki untuk seisi keluarga. Dengan takdir Allah hasil yang diperolehi setimpal dengan usaha yang dilakukan. Kita bersyukur kerana diberikan tanah yang subur.

Namun demikian setelah sekian lama bercucuk tanam, hasil yang didapati makin merosot. Hati kita mula gelisah dan resah. Kita mula berkira-kira dan meyalahkan tanah di atas hasil yang berkurangan itu. Tanah yang dulu kita mendapat manafaat daripadanya mula kita pinggirkan. Kita biarkan ianya bersemak samun. Malah kita merasakan tanah itu menyusahkan kita. Di waktu itu hati terdetik untuk mencari tanah yang baru, lalu kita gadaikan tanah sedia ada. Tanpa kita sedari tanah baru itu juga akan mengalami nasib yang sama setelah berkali-kali kita bercucuk tanam di atasnya.

Begitulah perihalnya kita di dalam jemaah, persahabatan dan kekeluargaan.

Di dalam jemaah kita tidak boleh mengharapkan pimpinan semata-mata untuk menjaga keharmonian jemaah. Menyalahkan pimpinan di atas segala permasalahan yang berlaku. Tegur dan nasihatilah pimpinan di atas kekurangan dan kelemahan dengan penerapan akhlah jamaah. Memberi idea dan pandangan berlandaskan syariat perlu diutamakan agar ianya mendapat keredhaanNya.

Rantai persahabatan sangat mahal harganya. Perlu wujudnya toleransi dan berlapang dada dengan sahabat. Membuang segala prasangka buruk dan membaiki kelemahan diri adalah sebaiknya. Memberi teguran dengan kasih sayang dan ikhlas bukan sekadar dibibir mulut. Biarlah ianya dizahirkan dari hati yang benar-benar mengharapkan rahmat ALLAH. Bantuan akan sampai daripada Allah melalui sahabat-sahabat yang diberikan hidayah.

Kehidupan berumah tangga banyak cabarannya. Pasang surut keharmonian rumahtangga bersilih ganti. Namun fahamkah kita bahawa itulah nilai yang diganti oleh Allah dengan pahala di atas setiap ibadah. Kenapa ganjaran pahala solat si suami tidak sama dengan si bujang? Kenapa lena si suami tidak sama dengan si bujang di sisi Allah? Kerana si suami bergalang kesabaran di dalam menguruskan rumah tangga. Mengharapkan kesempurnaan isteri biarlah melalui kesempurnaan si suami.

Kesimpulannya berkebun bukan sekadar mengharapkan hasil tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan hasil. Hasil yang baik datangnya dari usaha yang baik. Berusalah untuk tidak mudah menyalahkan tanah hanya kerana hasil yang rendah sebaliknya lihatlah kepada diri dan bertanya sejauh mana usaha yang telah kita lakukan?.

aku pun menulis: dariku untukku dan untukmu...

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat