Oleh: Ust Osman Abd Hamid
Islam adalah matlamat perjuangan kita, walaupun berat pada pandangan mata dan bahu memikul, perjuangan mesti diteruskan. Tahap kesabaran dan pengorbanan yang tinggi perlu ada dalam diri setiap amilin yang berjuang kerana jalan ini adalah jalan kita menuju ke syurga Allah. Luasnya syurga tidak terhingga dan kita tak pernah melihatnya, mencium baunya, mendengar bisikan penghuninya, tak tergambar dan terlintas di akal fikiran. Cuma gambaran yang dibawa oleh Al-Quran dan Hads sahaja.
Syurga... orang yang memasukinya akan lupa segala derita dan sengsara yang dilaluinya. Jalan ke syurga inilah jalan kita, jalan perjuangan kebenaran. Jalan inilah yang akan ditempuh oleh penghuni syurga untuk sampai kepadanya. Sungguh payah, sungguh dasyat, kesulitan dan berbagai penderitaan dilalui, tabiat menuju jalan ini seperti Sabda Rasul saw bermadsud "Syurga dikelilingi dengan berbagai perkara yang tidak disukai".
Ranjau dan onak menempuh jalan ini pernah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dengan ejekan, penginayaan dan penghinaan. Di sepanjang jalan ini, penjara-penjara menjadi kediaman dan rumah para pejuang, badan mereka disikat dengan sikat besi, badan mereka digergaji terbelah dua, dibakar setelah disimbah petrol, dikurung dalam najis tanpa memberi makan,di penjara dalam air dan berbagai bentuk takzib dan penyeksaan yang dilalui oleh pejuang Islam. Kita mendengar dan mengentahui jalan ini. Inilah jalan kita. Ungkapan jelas lagi jujur bahawa syurga di kelilingi dengan berbagai hal yang tidak disukai. Itulah tabiat dan sunnatullah untuk pejuangan. Adakah kita dapat merempuh jalan ini?
Firman Allahswt : Al-Imran 142 bermadsud "Apakah kamu menyagka kamu akan masuk Syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di jalan kamu dan oprang-orang yang sabar".
Firman Allah swt: Al-Ankabut 2-3 "Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan bahawa mereka berkata kami beriman sedangkan mereka tidak pernah diuji sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka .sesnuggunya Allah mengentahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta".
Jalan yang kita lalui ini, kita menghadapi pemerintah yang zalim yang menolak Islam dan membuat berbagai bentuk penginayaan serta penindasan yang berterusan, kita minta berlindung dari Allah sifat-sifat yang boleh merosak jiwa dan lupa daratan. Kita khuatir jika terpedaya dengan dunia. Pemikiran dan mementingkan material semata-mata. Tambahan pula bila sudah mencapai kemenangan.
Banyak orang Islam tetapi tidak mahu berjuang mempertahankan Islam. Terasa hati berat untuk bergerak, mencari berbagai alasan, lebih senang dengan keluarga di rumah, keluar berjuangan takut habis duit, kepentingan peribadi menjadi keutamaan, sanggup memfitnah kawan perjuangan kerana matlamat duniawi dan keuntungan yang sedikit dan berbagai lagi. Ini adalah alasan yang akan timbul apabila sudah terjerat dan terjebak dalam lilitan dunia dan material ini. Program-program hanya menjurus kepada mencari pengaruh dan mementingkan kebendaan sahaja. Islam diletak di sebelah dan di kesampingkan sahaja. Sungguh malang jalan yang kita tuju ini diheret dalam kancah material.
Rasulullah pernah ditawarkan dengan berbagai kemewahan dan kemegahan duniawi, namun baginda menolak dan sanggup berlapar kerana ini bukan jalan yang dituju. Demikian juga Rasulullah berpaling dari kemewahan hidup dan sentiasa mengulang-ngulang perkataan itu "Ya Allah tidak ada kehidupan(yang sebenar) kecuali kehidupan akhirat".
Para pejuang Islam menolak cara hidup mewah yang melampau , kesederhanaan, tidak bermegah, ego dan besar diri. Pejuang sebenar takut terpesona dengan kemewahan dan kemegahan duniawi kerana inilah antara jalan-jalan mereka yang gugur dan tidak capai matlamat, hindari jiwa cinta dunia, cinta kebendaan dan takutkan mati.
Syed Qutb menyimpulkan ujian yang perlu dilalui antaranya:
01 : Penginayaan yang akan ditempuhi
02 : Fitnah yang menimpa keluarga dan orang yang dicinta
03 : Dunia akan memihak kepada kebatilan
04 : Terasing kerana pegangan akidah
05 : Fitnah populariti dan tarikan duniawi
06 : Fitnah lambat menang dan panjang perjalanan
07 : Fitnah bangga diri dan rasa kehebatan diri.
Jalan ini akan dihadapi oleh semua pejuang Islam, mereka yang berjaya dan mendapat hasil adalah mereka yang dapat melintasi dan merempuh halangan. Fikirlah di mana kita? adakah kita sudah bersedia menuju jalan ini?. Jangan kita menjadi golongan yang sentiasa beralasan, menjaja lidah tidak bertulang ke hulu kehilir hanya tujuan tak lain tak bukan kecuali lari dari perjuangan. Islam itu indah , biarlah keindahan itu mewarnai hidup dalam setiap amalan kita. Buatlah perkara berfaedah dan baik hindari membuat perkara nista dan dosa. Teruskan perjuangan, inilah jalan kita, jalan menuju Allah dan Syurganya.
Allahuakhbar....
No comments:
Post a Comment