**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





23 December 2009

WalimahtulUrus yang diberkati

SELAMAT PENGANTIN BARU

Oleh : Osman Abdul Hamid

Ketua :Dewan Pemuda PAS Baling

Kepada semua pemuda-pemuda ,sahabat-sahabat dan kenalan serta muslimin dan muslimat yang melangsungkan perkahwinan di musim cuti ini diucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, moga berkekalan hingga ke anak cucu.Kepada sahabat dan kenalan yang tidak sempat saya hadiri walimatul urus, harap maaf. Pada tahun ini paling banyak saya hadiri majlis kenduri sebanyak 8 tempat dalam satu hari dari pagi hingga malam ,Alhamdulillah.

Perkahwinan merupakan satu tuntutan sunnah dan ianya merupakan fitrah kejadian manusia yang mempunyai naluri ingin hidup berpasangan. Dalam mencapai sunnah ini, kita akan menemui berbagai cabaran bahkan halangan.Kita hendaklah berbangga dengan pasangan kita yang bernama isteri ,jangan kita berbangga dan tidak merasa malu dengan menggauli perempuan yang bukan isteri ,kerana itu dilarang agama ,haram ,ditegah dan boleh menghampiri zina.

Kita mesti menerima kenyataan dan realiti bahawa pasangan yang kita nikahi ,dialah isteri ,dialah jantung hati ,dia yang akan berkongsi suka duka hidup bersama. Walaupun dia bukan pilihan utama atau dia pilihan ibu dan bapa kita.Apabila bergelar suami maka tunaikanlah tanggung jawab sebagai suami.

Cuma saya ingatkan diri saya dan semua sahabat seperjuangan bahawa dugaan dan mehnah yang kita lalui tidak akan sama. Semasa kita di alam teruna, kita tidak terikat dengan seorang wanita yang bernama isteri, kita boleh makan dan minum bersama kawan diluar atau ditempat program. Kini setelah bergelar suami, bagaimana mahu melaksanakan antara kewajipan dan tanggungjawab, bagaimana situasi semasa isteri sarat hamil mengandung, saat isteri ditinggalkan ketika berada dihospital melahirkan anak, ujian isteri, anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ,anak demam ,sakit kadang-kadang semua anak demam namun isteri terpaksa juga ditinggalkan bagi memenuhi hasrat dan kewajipan perjuangan.

Istiqamah dan disiplin dalam program jemaah kadang-kadang menjadi luntur, kita mengah menghadapi kerenah, dulu komitmen kita hanya dengan perjuangan tapi sekarang kita ada keluarga, anak dan kerjaya, pendapatan tidak bertambah tetapi tanggungjawab bertambah, bagaimana harus kita memberi kefahaman kepada isteri, masa yang sedikit bersama mereka, bagaimana mahu menghadapi ibu dan mertua apabila mereka melihat anak dan isteri selalu ditinggalkan bagi memenuhi tuntutan jemaah. Semoga kita dapat menghadapi semua ini kerana kita adalah pejuang, kita adalah amilin dan dimasa yang sama juga kita adalah suami dan kita bertanggung jawab terhadap jamaah.

Sahabat yang dirahmati Allah, saya melihat Walimatul urus atau kenduri kahwin kadang –kadang tersasar dan berbeza dengan apa yang dianjurkan oleh Islam,banyak tempat hiburan-hiburan dan perkara yang melaghakan dihidupkan semula, dengan persandingan, karoke dan sebagainya. Malah anak-anak muda yang menjadi mentara kadang-kadang dengan terbuka menghirup air daum ketum atas alasan kuat bertugas.Malah ada orang kuat PAS, buat kenduri dengan band pemuzik jemputan, malam 60 an dan macam-macam lagi. Saya sebutkan disini sebagai ingatan bahawa arah tuju dan matlamat kita hendaklah beriringan dan memenuhi hasrat perjuangan Islam yang diperjuangkan.

Budaya kenduri yang dipenuhi maksiat perlulah kita jauhi,sikap kita hendaklah mencerminkan arah dan matlamat Islam yang kita tuju.Semangat kerja sama,tegur menegur antara kita diisemai dan dibajai agar mahabbah dan kasih kita sesama insan seagama dapat teguh dan kuat dengan amalan Islam yang dipamerkan.

Ikatan istimewa dua mempelai moga dicucuri rahmat dan hidup yang dilimpahi berkat ,perjuangan tidak ditinggalkan,sunnah dilaksanakan ,komitmen diteruskan,istiqamah dalam ujian dan teruskan perjuangan.Selamat pengantin baru kepada semua yang melayari bahtera perkahwinan dari saya dan Dewan Pemuda PAS Baling.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat