**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





15 January 2010

Minda Pmgk Tim. KP DPPB.


-Al Fadhil Us. Rasyidi Mat Arof.
-Timb. KP DPPB.

Salam ukhwah buat semua pejuang-pejuang Islam khususnya pejuang PAS.

Ana ingin menyebut disini tentang ketulenan perjuangan yang mana ianya membawa natijah yang jelas bahawasanya perjuangan kita semata-mata mencari redho Allah, ana ingin memetik sepotong ayat Allah untuk sama-sama kita hayati dan mengambil pengiktibaran terutamanya kita yang memegang amanah perjuangan di barisan paling hadapan. Ayat Allah yang bermaksud...wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan dari Allah dengan sabar dan mengerjakan solat...

Ayat ini memberi mesej yang jelas kepada kita iaitu sebagai orang yang diakui beriman oleh Allah Taala, maka kita tak terlepas dari memohon pertolongan dari Allah, kerana keimanan kita pastinya diuji dengan pelbagai ujian yang akan meningkatkan keyakinan kita terhadap dasar perjuangan. Dan sememang sudah menjadi tradisi setiap pejuang akan Allah Taala hantar dengan pelbagai ujian agar dengan itu, jelas keimanan mereka kepada Allah Taala.Namun bagi menambahkan kualiti keimanan, setiap ujian yang datang hendaklah disusuli dengan memohon pertolongan dari Allah sebagai tanda dekatnya hati kita dengan Allah Taala...

keduanya, hendaklah kita sentiasa bersabar menghadapi ujian getir sebagai seorang pejuang, samada ujian berkaitan sifat dalam diri seperti malas untuk turun menjayakan program-program parti, jemu dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan, irihati dan dendam terhadap individu-individu dalam satu jamaah, takbur dan riak dalam melakukan kerja-kerja Islam, yang mana kesemua sifat itu akhirnya membawa kita kearah menjauhkan dari dari jamaah. Begitu juga perlu sentiasa bersabar menghadapi mehnah atau ujian dari sudut luaran, ujian terpaksa membelanjakan harta benda untuk bergerak dalam jamaah, terpaksa memperuntukan masa untuk jamaah, terpaksa memberi tenaga dan buah fikiran untuk jamaah, terpaksa hadir mesyuarat yang kerap, menghadiri usrah dengan istiqamah...kesemua ini adalah ujian yang kecil sebenarnya jika dinisbahkan dengan gelaran yang Allah berikan iaitu sebagai penolong agama Allah...seandainya ujian sebegitu kecil tidak mampu kita lepasi...bagaimana ujian-ujian besar yang ditempuhi oleh semua para Nabi, para Rasul, Sahabat-sahabat r.a.....

Ketiganya, perlu sentiasa dekatkan diri dengan Allah Taala bukan semata-mata solat fardhu malahan sebagai pejuang, perlu kita hiasi masa kita dengan sentiasa bersolat kepada Allah. kerana masa yang paling hampir bagi seseorang hamba itu ialah ketika ia sujud kepada Allah dan sudah pasti sujud itu ialah ketika sedang melakukan solat. Oleh itu, dekatkanlah diri dengan Allah dengan sentiasa bersolat kepadaNya.

Kesimpulannya, ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan perlu dinilai dari segi samada kita tulin atau tidak berjuang atas nama jamaah setelah kita berada atas landasan yang jelas ketulinannya. Apabila kita telah berada atas landasan yang tulin, maka sepatutnya kita turut memastikan perjuangan kita juga tulen dan benar.
....sahabatmu...

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat