**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





17 January 2010

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Cawangan.











Sahabat-sahabat pemuda yang dirahmati Allah sekelian,

Pertama-tamanya marilah kita merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Taala…bukan sekadar Allah mengurniakan nikmat Islam dan Iman kepada kita…bahkan Allah Taala memilih kita untuk menjadi penolong agamanya.. pemuda yang sanggup mewaqafkan diri untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya bagi menegakkan Agama Allah di muka bumi ini…..

Dalam masa sama diluar sana, jutaan lagi pemuda yang lagha,leka serta lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Taala iaitu menegakkan negara Islam…menegakkan syariat Allah…meninggikan agama Allah..menegakkan hukum Allah...

Pemuda perlu faham betul-betul..kita adalah hamba Allah…walau siapapun kita.. samada kita sebagai pemimpin…sebagai ulama…sebagai pemuda…sebagai pendokong dan penyokong diperingkat akar umbi,…kita adalah hamba Allah, mesti laksanakan apapun perintah Allah sepertimana yang ditunjukkan oleh para nabi dan rasulNya.

Muharram baru saja meninggalkan kita, satu bulan yang mempunya peristiwa yang amat besar ertinya kepada semua pemuda yang terlibat berjuang menegakkan agama Allah.Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ra meninggalkan segala-galanya di Makkatul Mukarromah, tinggalkan tanahair tumpah darah…tinggal pangkat dan kebesaran…tinggal bumi dan halaman..berhijrah bersama Nabi untuk melaksanakan tuntutan menegakkn syariat Islam ketika itu.

Kita pemuda kena paham …berjuang dalam Islam bukan sekadar untuk membina sebuah keluarga…tapi membina Negara Islam, Dalam al quran surah Al Kahfi Allah berfirman yang bermaksud’ ….mereka itulah golongan muda yang beriman dengan tuhan mereka dan kami tambahkan hidayah ke atas mereka…’

Mereka berjuang mempertahankan aqidah Islam dari pemerintah yang kufur.. ..berjuang menentang kezaliman dari pemerintah yang berhati binatang…pemuda perlu menjadi sepertimana pemuda ashabulkahfi, sanggup berkorban hatta nyawa sekalipun demi menegakkan hukum Allah..menumbangkan kezaliman...menumbangkan kemungkaran.

Hari ini islam dicabar…diperlekeh…diperkotakkatikkan..dihina…dipermainkan oleh golongan yang sengaja mencabar kesabaran kita…setakat ini kita boleh bersabar…tapi mereka kena ingat, kami pemuda sanggup mengalirkan darah kami…sanggup mengorbankan nyawa kami demi mempertahan agama Islam…mempertahankan kesucian Islam...mempertahankan ajaran Nabi kami…mempertahankan Al Quran…Ingat…kami takkan selamanya bersabar..sampai masanya seruan dari pemimpin kami…kami rela mengorbankan segala-gala demi Islam..

Mengapa ini berlaku, mengapa mereka begitu biadap dengan kita…kerana pemimpin tidak kasih kepada Allah, tidak kasih kepada Nabi dan Rasul…tidak kasih kepada Islam..maka Allah Taala datangkan masalah yang besar kepada kita…orang Islam murtad beratus ribu..punah dan rosak akhlak…orang bukan Islam berani mempermainkan Islam kerana pemimpin Islam tak bersungguh untuk menjaga agama Allah…

Sahabat pemuda yang dirahmati Allah…

Pemuda adalah aset penting bagi jemaah Islam…ini disedari oleh musuh-musuh Allah, kalau pemuda baik akhlaknya,.berpegang teguh dengan ajaran Islam, maka mereka akan mencapai kejayaan, musuh mencari jalan untuk melemahkan pemuda Islam. Mereka menganjurkan program dan agenda untuk memjadikan pemuda Islam lagha dan leka…melalui pendidikan.. melalui filem…melalui fesyen pakaian…melalui sistem kehidupan…yang penting bagi mereka ialah bagaimana melumpuhkan pemuda Islam, agar pemuda Islam meninggalkan cara hidup Islam…akhirnya menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh mereka.

Sejarah bumi Palestin memberi pengajaran kepada kita, sebelum kejatuhan kerajaan Islam di sana, pemuda mereka lagha, tidak mengamalkan cara hidup Islam, pemuda dan pemudi mereka punah akhlah, meninggalkan solat, tidak berpuasa, meminum arak..akhirnya apabila Israil menyerang mereka…mereka tidak ada kekuatan untuk mempertahankan bumi Palestin dan hingga ke hari ini bumi Palestin masih dijajah Israil laknatullah..

Begitu juga di Bosnia.. sebelum di serang oleh Serbia, pemuda-pemuda Bosnia hidup lebih barat dari barat..orang bukan Islam minum arak segelas…mereka sebotol…orang bukan Islam minum 2 gelas, mereka 2 botol…apabila ulama mengajak kepada Islam…mereka tolak..akhirnya mereka hancur di tangan musuh Islam

Sahabat pemuda yang dirahmati Allah

Kita perlukan pemuda yang berjuang menegakkan agama Allah, berjuang memastikan tertegaknya syariat Allah, memastikan tertegaknya undang-undang Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama dalam satu jamaah, bersatu dalam matlamat kita untuk memastikan agama Allah ini terus terpelihara, memastikan kemenangan Islam di bumi Malaysia tercinta ini…Akhir kata, berjuanglah selama mana Allah masih memberi ruang untuk kita berjuang, yakinlah dengan janji kemenangan dari Allah… Allahu Akbar!!!

Sahabatmu…

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat