**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





17 January 2010

NASIHAT KP DPP PUSAT

Perkara yang tidak mendatangkan manafaat ini tidak semestinya hanya dari perkara haram semata - mata tetapi juga dari perkara - perkara halal menurut hukum syara' namun ia tidak mendatang manafaat kepada kita . Contoh mudah ialah berbual kosong di kedai kopi , tidur hingga mencecah 7 atau 8 jam sehari , termenung dan berangan - angan . Sungguhpun perbuatan ini tidak membawa kepada haram tetapi ia telah mengambil banyak dari masa kita yang sememangnya terhad .


Fenomena ini masih membelenggu sebahagian dari anggota jamaah kita . Akhirnya banyak tugasan jamaah dan tanggungjawab atau amanah tidak berjaya dilaksanakan dengan baik . Kalau pun siap , ianya disiapkan dalam keadaan tergesa - gesa mengejar waktu dan akhirnya tidak menghasilkan kualiti yang tinggi dalam prestasi kerja sebagai seorang yang bergelar pejuang .


Sebagai seorang pejuang , kita sewajarnya peka dalam perkara seperti ini , kerana fail kita masih bertimbun di pejabat dan ianya belum disemak. Frame work kita telah berhabuk kerana belum diterjemah dalam tindakan . Lebih malang jika pejabat kita juga telah bersawang kerana lama kita tidak beroperasi . Kita seperti tidak ada masa untuk bertindak . Tidak tahu ke mana habisnya masa kita . Namun apa yang pasti , matahari terbit dan tenggelam dengan begitu pantas sedang tanggungjawab dan amanah masih terlalu banyak yang belum dilunaskan

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat