Kebetulan, ana menerima satu mesej yang menyentuh tentang bagaimana pentingnya memahami situasi sebenar letak duduknya sesuatu fenomena atau sesesebuah isu.Banyak salah faham yang timbul akibat dari gagalnya kita memahami sepenuhnya sesuatu keadaan. Suka ana memetik sebuah cerita ringkas tetapi penuh pengertian yang pernah dilontarkan oleh KP ustaz Man Hamid, katanya kisah ini pernah juga diceritakan oleh Cikgu Badri...kisahnya begini...
Suatu hari, dalam remang-remang cahaya pagi, seorang pemandu motosikal memandu melalui sebatang jalan minitar keluar dari kampungnya untuk menghantar anak ke sekolah, tiba di satu selekoh, dia berselisih dengan jirannya yang agak mempunyai masalah dalam hubungan kejiranan mereka....lantas jirannya itu menjerit dengan kuat.."Babiiiiii"....pemandu pertama tadi berpaling ke arah jirannya dan terbetik dihatinya...."pasai pa dia maki aku macam tu...celaka betui..memang dia ni nak cari pasal dengan aku...kelik sak gi jaga mu..." Dia berhajat apabila selesai menghantar anak ke sekolah, dia akan balik dan menyelesaikan pertikaian yang selama ini berlarutan antara mereka.
Apabila berpaling semula ke hadapan..dia terlanggar seekor babi yang sedang melintas jalan...motosikalnya terbalik...dia dan anaknya tertunggeng langgang di atas jalan dengan seluar terkoyak dan kepala lutut berdarah...lDia temenung seketika memikirkan kembali kata-kata jirannya tadi.....rupanya memang babi betul yang nak diberitahu oleh jirannya tadi....
Kisah kecil ini seharusnya menjadi panduan berguna kepada kita dalam melayari bahtera jamaah. Banyak berlaku salah faham yang akhirnya kita mengambil keputusan hingga mengecop sahabat kita sebagai firestone dalam jamaah...samada kita yang membahayakan jamaah atau sahabat kita yang menegur secara ikhlas semata-mata mahukan satu perubahan yang amat diperlukan oleh jamaah itu yang dianggap merbahaya untuk jamaah.
Perlu kita fikir, dengan mewujudkan satu arus pemikiran sebegitu, pastinya kepercayaan dan keyakinan terhadap sahabat seperjuangan akan semakin longgar...Perlu kita fikir, dengan membudayakan suasana sebegitu, ikatan ukhwah dan rasa kekitaan akan semakin longgar...Perlu kita fikir, dengan menjadi seorang dari penyebar kesalah fahaman ini, interaksi peribadi antara kita akan semakin tak terurus dan akhirnya mewujudkan suasana yang amat membahayakan jamaah.
Sahabat sekelian...tanpa sebarang prejudis, marilah sama-sama kita membuka kotak pemikiran kita untuk mengurus sesebuah isu secara positif atau dengan kata lainnya, kita mengolah sesebuah isu agar ia akhirnya mendatangkan kebaikan kepada jamaah kita, marilah kita mengolah sesuatu kekurangan pada diri sahabat kita hingga akhirnya kita mampu untuk menutupi ruang-ruang kekurangan tersebut, marilah kita bersama membina kembali keyakinan yang padu terhadap jamaah dan organisasi kita kerana hanya organisasi yang padu dan mampat mampu menterjemahkan amanah Allah dan amanah rakyat yang tertanggung atas batu jemala setiap dari kita.... ajk dppb, Ingatlah...dengan membiarkan organisasi kita tempang, kita sebenarnya menanggung dosa yang amat berat disisi Allah.
....sahabatmu..
No comments:
Post a Comment