**~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~****~DERMA~**

TABUNG PASTI

Bank Islam : No Akaun 02048020130995



TABUNG DPPB

No Akaun BIMB: 02048010008716





18 January 2010

Mengenali Jemaah bukan Sekadar Memahami Matlamat Perjuangan

Hari ini ramai penyokong dan pendokong jemaah mengatakan bahawa mereka menyertai perjuangan jemaah kerana bercita-cita menegakkan Islam di muka bumi dan PAS menjadi pilihan. Tanyalah sapa2 sahaja di dalam PAS dari penampal poster sehinggalah mereka yang bersengkang mata siang malam bermesyuarat. jawapannya adalah sama iaitu ingin menegakkan kalimah Allah di Malaysia yang dicintai.

Adakah itu sahaja matlamat kita di dalam perjuangan PAS? Adakah Islam boleh tertegak dengan hanya kita memahami matlamat PAS? Sudah tentu tidak.. Menyertai jemaah bukan sekadar menghadamkan matlamat tetapi lebih daripada "itu". Dan "itu"lah kita katakan sebagai perjalanan jemaah. Selok belok jemaah. Bagaimana jemaah akan, ingin dan terus bergerak. Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman jemaah juga perlu difahami.

Di dalam jemaah, asas yg perlu dipetaut dan diperkuatkan ialah ukhuwah dan persaudaraan. itulah yang pertama. PAS tidak mengajar kita memutuskan silaturrahim. Atas kerja jemaah bolehkah kita mengutuk dan menghina sahabat seperjuangan kerana kelemahan mereka. Sekiranya ini yang bersarang dalam jiwa kita ternyata kita masih belum faham jemaah. Untuk menjadi pimpinan jemaah ilmu kemanusia dan psikologi perlu dipelajari. seharusnya kita membimbing dan membantu sahabat yang lain agar memahami kerja mereka.

Yang kedua adalah pengorbanan. Perjalanan dan pengurusan jemaah memerlukan banyak pengorbanan. Antaranya masa, tenaga dan harta. Pengorbanan yang jarang disebut ialah perasaan dan nafsu. Kenapa? kerana ini jarang dipraktikkan di dalam pengurusan jemaah . Berapa ramai di kalangan kita yang boleh tersenyum bila ditegur kelemahan mereka?. Atau berlapang dada selepas pandangan ditolak di dalam syura? atau mungkin mengakui kesilapan dan kelemahan kepada sahabat? Sebaliknya kita lebih suka menebalkan perasaan bangga dan riak setiap kali kita menjadi juara di dalam syura. Senyum melebar bila pandangan kita diterima. Atau kita menjadi rujukan penting di dalam jemaah. Amat lemah pergerakan PAS sekiranya ahlinya bercirikan seperti ini.

Yang ketiga adalah tarbiyah... masih ramai di kalangan pendokong jemaah begitu semangat memperjuangkan matlamat PAS. Bekerja bertungkus lumus, bergolok bergadai, demam sihat tetap dengan perjuangan PAS. Alhamdulillah. Inilah pimpinan yang kita harapkan untuk menguruskan perjalanan PAS. Namun demikian, amat menyedihkan apabila kita melihat matlamat tidak selari dengan nilai tarbiyah islamiah mereka. Pimpinan Islam sewajibnya terlebih dahulu perlu memaparkan akhlak ISLAM sebelum bercakap ttg ISLAM. Memalukan dan menjadi fitnah kepada PAS apabila pimpinan mereka cakap merapu, melawak, ego, menghina, memperlekehkan orang lain, berbohong dan sebagainya di khalayak. Fikirlah..Firman Allah di dalam surah As-Saff ayat 3.

Yang keempat ialah AULAWIYAT. Kita bermesyuarat. Memberi pandangan dan pandangan itu dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Bila tiba masa perlaksanaan kita tidak buat seperti yang diputuskan. Dalam erti kata lain tidak menghormati keputusan mesyuarat. Kita bersengkang mata merancang strategi peperangan, begitu begini, untuk apa? memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Bila saat berperangan benteng pertahanan tidak hadir? sebab apa? tidak perlu sbb peperangan itu kecil sahaja? Bolehkah jawapan itu diterima...? Dalam peperangan kita bukan sahaja nak menang tetapi memastikan agar tiada sahabat yang syahid atau tercederakan? Kadang2 kita mempunyai keutamaan lain kenapa tidak mengutamakan keputusan jemaah...berdoalah agar Allah mengampuni kita kerna ketidakmampuan kita ketika itu..kerana DOSA BESAR menunggu mereka yang suka2 mengingkari keputusan syura. Betul tak?

Alhamdulillah.. di dalam DPPB, KP selalu berpesan dan menasihati ahli-ahlinya. Contohilah kewarakan Timb KP, Ikutilah akhlak Naib KP dan hadamkanlah perancangan SU. Semoga kita menjadi contoh kepada DPP yang lain. Siiru a'la barakatillah.

No comments:

MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING 2010

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

ANUGERAH UKJ TERBAIK SESI 2007 DARI Y.A.B PESURUHJAYA PAS KEDAH

Sahabat-sahabat