Muhasabah untuk Wakil Rakyat...
Bajet 2010 yang diluluskan dengan majoriti 3 undi banyak menimbulkan persoalan , kejutan dan memalukan bagi kabinet Najib ,tamparan hebat ini membuat pihak BN tidak senang duduk ,maka timbul suara agar tindakan kepada ahli parlimen mereka yang tidak hadir.
Bagaimana pula bagi pihak Pakatan Rakyat kususnya dari PAS? Diharapkan penyakit ini tidak berjangkit. Semua wakil Rakyat perlu muhasabah diri agar pandangan negatif kepada wakil rakyat tidak menjadi antara alasan untuk mereka tidak mengundi pakatan dan mengkhianati Parti.
PAS di masa depan mesti lebih teliti dan mengambil pandangan dari berbagai sudut bagi memilih calon di PR ke 13 akan datang, bukan hanya memandang dari sudut ketrampilan dan gah nama sahaja. Pandangan ahli dan penyokong perlu juga diambil kira. Ini kerana wakil rakyat bukanlah orang biasa, mereka adalah orang yang diamanahkan oleh Parti dalam melaksanakan kewajipan dan tanggung jawab.
Dalam undian bajet yang dilulus dengan majoriti tipis ini, saya merasakan terlalu banyak rungutan dari ahli dan penyokong untuk wakil Rakyat yang mereka sayangi , lebih-lebih lagi yang gagal memberi alasan dan sebab yang kukuh. Suara-suara ini boleh kita baca di blog-blog dengar di mesyuarat-mesyuarat , dibicara di usrah-usrah atau dibahas di kedai-kedai kopi.
Bagi saya sebagai ahli PAS yang amat sayang dan menaruh sejuta harapan kepada wakil rakyat mengharapkan mereka bermuhasabah diri dan memperbaiki diri dalam mengorak langkah menjadi wakil rakyat baik dan dikenang rakyat. Dalam usrah kepimpinan PAS, kita selalu diingatkan dengan perkataan muhasabah dan kita pandai menyuruh orang bermuhasabah.
Sebagai ingatan kepada wakil Rakyat….antaranya:
Jangan terlalu ego,kerana sifat ini selalu mengguris hati ahli dan penyokong
Jangan tidak turun ke kawasan dengan alasan Dewan bersidang dan jadual padat
Jangan Kedekut ,kerana tidak bermakna gaji dan elaun yang kita dapat tanpa sumbangan
Jangan bermusuh dengan jentera kerana merekalah yang menyumbang kearah kemenangan
Jangan mencari alasan kerana alasan itu menjadikan kita disia-siakan
Jangan menghina anggota Parti dan ahli kerana mungkin timbul dendam
Jangan mengguris hati pimpinan kerana merekalah memilih kita
Jangan menolak pandangan dan pendapat orang lain ,mungkin pandangan itulah yang terbaik
Jangan berdendam kerana dendam akan membakar diri
Jangan menganggap orang bodoh, kerana orang yang kita anggap bodohlah yang diperlukan bekerja untuk kita.
Jangan menabur fitnah kerana fitnah tidak tidur
Jangan tinggal kewajipan yang difardukan, kerana meninggalnya adalah dosa
Jangan mulakan permusuhan kerana permusuhan membawa kehancuran
Jangan bersikap bodoh dalam tindakan kerana semua orang sudah pandai menilai
Jangan terlalu protokol dengan ahli dan penyokong kerana orang akan bertambah meluat
Jangan menipu kerana akhirnya orang akan tahu
Jangan hanya membina kekayaan peribadi dan keluarga kerana kepimpinan Islam bukan begitu Jangan Alpa dan leka kerana ia akan memusnahkan kita
Jangan bebal kerana bebal bukan jalan penyelesaian
Jangan membebel kerana huduh dipandang
Jangan menzalimi kerana doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan
Apa yang saya sebutkan disini hanya sebahagian dari apa yang perlu difikirkan. Yang baik dan sesuai boleh diambil sebagai pedoman. Pandangan ahli dan penyokong amat penting. Kita tidak mahu masalah sikap dan perangai hodoh wakil-wakil rakyat menjadi senjata pihak musuh. Walau pun sudah di gelar YB beberapa penggal. Kadang-kadang kita amat muak mendengar perangai dan sikap wakil rakyat walaupun kita juga terpaksa mempertahankannya, kadang-kadang sifat wakil rakyat menjadi menyebab dan penghalang untuk pimpinan kawasan turun ke cawangan. Apa tidaknya, soalan yang sama dibangkit, rungutan yang sama diajukan malah ada ahli dan penyokog yang tidak sopan dengan kata kesat, kasar dan tidak indah didengar.
Tidak dinafikan kadang –kadang ada juga orang yang sengaja mencari keburukan dan kekurangan YB , kita biarkan andaian dan spekulasi ini sama ada dengan penjelasan dan tindakan. Harapan dari penyokong dan pengundi YB yang mereka pilih adalah diharapkan benar-benar menjadi wakil rakyat dan buangkanlah sifat –sifat yang buruk dan boleh dipandang serong. Hiasilah dengan perangai yang baik, sifat terpuji penuh didikasi dan teloransi. InsyaAllah wakil rakyat selalu ada dihati, YB sentiasa disayangi.
AllahuAkhbar………………Wallahaalam
Ustaz Osman Abd Hamid.
KP DPPB.
No comments:
Post a Comment