السلام عليكم ورحمة الله
Selamat Tahun Baru
Oleh: Osman Abd.Hamid
Tahun baru 2010 disambut semalam dengan berbagai ragam dan cara ,Negeri Kedah Darul Aman adalah antara negeri Pakatan Rakyat yang membuat pembaharuan dalam menyambut tahun baru.Pemuda PAS Baling di Tahun ini telah mengatur strategi dan plan tindakan bagi memperkasakan pemuda Cawangan-cawangan dan Dewan Pemuda itu sendiri.
Bermula 1 Januari Futsal silaturrahim bagi memperkasakan kembali AJK Pemuda PAS Cawangan dengan pemain hanya ajk pemuda cawangan sahaja,selepas ini bermula pula mesyuarat agung pemuda-pemuda cawangan ,disamping usrah cawangan yang dijadualkan diaktif semula disamping kempen keahlian dan daftar pemilih.InsyaAllah jadual program Pemuda Baling sentiasa padat dengan program dalaman dan turun kecawangan.
Tahun baru ini moga menjadi pemangkin dalam mengorak langkah untuk terus memajukan pemuda.Jangan jadikan gerakkan kita hanya bergerak ketika Pilihanraya sahaja.InsyaAllah Dewan Pemuda PAS Baling akan buktikan segala fitnah yang dilemparkan tidak benar dan persepsi yang salah akan dijadikan cabaran dalam mengorak langkah ke depan.
InsyaAllah ,Kita sama buktikan dilembaran tahun baru dengan melangkah maju ke depan.
No comments:
Post a Comment