OLEH:
Osman Abdul Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Baling
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnianya dapat kita mengenal serta mengetahui segala hikmah kehebatan ciptaan Allah swt. Cuti persekolahan dah hampir tamat, ibubapa sibuk dengan kelengkapan untuk persediaan sekolah 2010. Banyak wang dibelanjakan demi memenuhi kehendak dan keinginan anak-anak.
Pendidikan adalah suatu yang cukup penting dalam kehidupan kita, pendidikan yang mencakupi berbagai bidang ilmu kehidupan kita, pendidikan yang berjaya adalah pendidikan yang dapat membebaskan diri kita dari belenggu kejahilan dan mebebaskan diri dari pengabdian diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada tuhan yang maha asa.
Dalam hal ini marilah kita melihat betapa pentingnya ilmu, Nabi Adam telah dibekalkan oleh Allah dengan ilmu dan diajar dengan semua nama-nama, Umat Nabi Muhammad juga diperintahkan menuntut ilmu, Maksud Sabda Rasul s.a.w. “menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan keatas setiap muslimin dan muslimat, tuntutlah ilmu dari buaian hingga keliang lahad” dan banyak lagi hadis yang menunjukkan tentang betapa pentingnya ilmu.Maksud Firman Allah. “Tidak sepatutnya orang-orang mukmin pergi kesemuanya (ke
Dalam kewajipan menuntut ilmu disini khususnya ilmu fardhu ain, yang merangkumi aspek aqidah serta ibadah. Persoalannya ialah sejauh mana kesedaran ibu bapa yang menganggap ianya merupakan suatu kewajipan dan perlu diutamakankan. Banyak ibu bapa yang hanya mementingkan ilmu yang menjadi fardu kifayah sedangkan dalam masa yang sama anak-anak terbiar dan terumbang ambing tanpa berpaut kepada aqidah yang kuat. Ibu bapa merasa bangga apabila pencapaian akademik anaknya hebat, tapi tidak terasa sikitpun bersalah jika anak tidak pandai sembahyang, tidak pandai membaca Al Quran dan sebagainya. Ilmu yang menjadi kewajipan adalah merupakan suatu tuntutan, tanpa ilmu ini manusia binasa, didunia ibadahnya salah dan diakhirat amalannya ditolak.
PAS menyediakan pusat pusat pengajian yang mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas untuk Islam, bertujuan menyedarkan ummat tentang bahaya kejahilan, bahaya tidak mengenal Allah dan bahaya buta Al Quran. Apa yang dibimbangi ialah sikap ahli dan penyokong PAS sendiri yang tidak memberi sokongan dan keyakinan terhadap sistem pendidikan yang kita bina, malah kadang-kadang institusi pendidikan yang berteraskan kepada Islam ini kurang mendapat sambutan dari ahli dan penyokong samada PASTI, SAR ,PONDOK dan lain-lain.
Kepentingan material tak sepatutnya mengubah haluan dan cara kita mendidik anak-anak , ilmu mengenal Islam patut dipelajari dan diberi penekanan diperingkat rendah lagi,kita tidak mahu melahirkan ilmuan yang jiwanyaterpesong dari Islam. Saya rasakan pentingnya kita memperbetulkan hala tuju yang salah dalam matlamat pembelajaran, kerana ancaman ancaman musuh sentiasa mengelilingi kita, musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang agar umat Islam leka dan lupa dengan Ilmu yang menjadi tuntutan utama iaitu Ilmu Aqidah. Ilmu tanpa Akidah akan menjadikan kita kelam dalam pencarian,gelap dalam kenikmatan bahkan terpesong dalam sinar.
Selamat kembali ke Sekolah moga Berjaya didunia dan akhirat. AllahuAkhbar.
No comments:
Post a Comment